Stesen Nasi Kerabu

Tentang Kami

SNK mula beroperasi dari tahun 2020 di Petaling Jaya. Namun, pada Ogos 2022 SNK telah berpindah ke Seksyen 4 Kota Damansara dan mula beroperasi dibawah naugan East Coast Cuisine Ventures (003424488-K).

SNK.

Menyajikan hidangan tradisional kelantan yang asli & berkualiti tinggi

Ayam, Daging & Kambing di bakar segar setiap hari untuk menjamin kepuasan hati pelanggan yang menjamu selera di restoran kami.

Di SNK, menu utama kami adalah Nasi Kerabu. Nasi Kerabu kami diilhamkan dari resepi turun temurun yang berasal dari Si Sakhon, Thailand dan diolah sedikit kepada citarasa masyarakat setempat di Malaysia. Kesedapan Nasi Kerabu kami tidak dapat disangkalkan lagi dan menjadi bualan para pelanggan kami.

Di samping itu, konsep restoran-warung yang di terapkan di SNK mampu memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pelanggan sama seperti menikmati masakan di kampung halaman. Suasana yang santai dan ditambah lagi dengan aroma harum lauk-pauk yang di bakar pasti membuatkan para pelanggan tidak sabar untuk menikmati sajian di SNK.

Pengenalan.

Sajian tradisional kelantan yang asli & berkualiti tinggi.

SNK amat mementingkan sajian yang konsisten dan berkualiti untuk memastikan kepuasaaan setiap pelanggan yang menjamu selera di restoran kami.

Resepi yang digunakan di SNK adalah resepi asli turun temurun  keluarga SNK. Bahan mentah seperti daging ayam, lembu dan kambing di bakar segar setiap hari agar pelanggan dapat menikmati kelazatan yang optimum. Selain Nasi Kerabu, SNK juga menyajikan hidangan tradisional kelantan yang lain seperti, Nasi Dagang, Nasi Berlauk Ayam Gulai dan Nasi Lundang.

Polisi Makanan SNK

Di SNK, Kami amat mementingkan kualiti makanan dan kebersihan premis kami. Setiap sajian yang dihidangkan adalah resepi asli turun temurun keluarga SNK dan pihak SNK akan kekal konsisten untuk megekalkan kualiti agar semua pelanggan SNK berpuas hati setiap kali menjamu selera di restoran kami.

Konsep Hidangan SNK

Restoran kami berkonsepkan layan diri. Semua sajian makanan dihidangkan secara pembungkusan.

Pengasas SNK

East Coast Cuisine Ventures (003424488-K)

East Coast Cuisine Ventures atau ECCV ditubuhkan pada 14 Ogos 2022. ECCV adalah syarikat yang bertanggung jawab menguruskan restoran dan penjenamaan Stesen Nasi Kerabu.

Hashim Bani

Pengasas / Ketua Chef

Irwan

Pengasas Bersama